Hadist toDay : Orang Terakhir Keluar Dari Neraka


Tulisan ini di ambil dari halaman facebook Ustadz Azhar Idrus

Semonga memberi manfaat untuk kita semua aamiin

Imam Al-Qurtubi meriwayatkan :

عن عبد الله بن مسعود قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم انِّي َلأَ عْلَمُ آخِرَ أَهْلِ النَّارِخُرُوجًا مِنْهَا وَآخِرَ أَهْلِ الْجَنَّةِ دُخُولاً الْجَنَّةَ رَجُلٌ يَخْرُجُ مِنْ النَّارِ حَبْوًا فَيَقُولُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى لَهُ اذْهَبْ فَادْخُلْ الْجَنَّةَ فَيَأْتِيهَا فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهَا مَلْأَى ف فَيَقُولُ يَا رَبِّ وَجَدْتُهَا مَلْأَى فَيَقُولُ اللَّهُ تَبَارَكَ وَتَعَالَى لَهُ اذْهَبْ فَادْخُلْ الْجَنَّةَ قَالَ فَيَأْتِيهَا فَيُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهَا مَلْأَى فَيَرْجِعُ فَيَقُولُ يَا رَبِّوَجَدْتُهَا مَلْأَى فَيَقُولُ اللَّهُ لَهُ اذْهَبْ فَادْخُلْ الْجَنَّةَ فَإِنَّ لَكَ مِثْلَ الدُّنْيَا وَعَشَرَةَ أَمْثَالِهَا أَوْ إِنَّ لَكَعَشَرَةَ أَمْثَالِ الدُّنْيَا قَالَ فَيَقُولُ أَتَسْخَرُبِي أَوْ أَتَضْحَكُ بِي وَأَنْتَ الْمَلِكُ قَالَ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِصَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضَحِكَ حَتَّى بَدَتْ نَوَاجِذُهُ قَالَ فَكَانَ يُقَالُ ذَاكَ أَدْنَى أَهْلِ الْجَنَّةِ مَنْزِلَةً

التذكرة القرطبي


Artinya :
Dari Abdullah bin Mas'ud berkata : Telah bersabda olih Rasulullah saw "Sungguhnya aku mengetahui seorang yang paling akhir keluar dari neraka dan paling akhir masuk ke dalam syurga iaitu seorang lelaki yang keluar dari neraka dalam keadaan merangkak.
Maka Allah berkata kepadanya "Pergilah kamu masuk ke dalam syurga. Lalu dia pun pergi ke syurga maka disangkanya syurga telah penuh lalu dia kembali. Katanya " Wahai Tuhanku, aku dapati syurga telah penuh. Maka Allah berkata kepadanya " Pergilah kamu masuk ke dalam syurga". Lalu dia pun pergi ke syurga maka disangkanya syurga telah penuh lalu dia kembali. Katanya " Wahai Tuhanku, aku dapati syurga telah penuh.
Maka Allah pun berkata kepadanya "Pergilah kamu masuk ke dalam syurga. Maka bagimu di dalam syurga itu sepuluh kali apa yang didalam dunia. Maka berkata lelaki itu " Adakah Engkau permainkan aku sedangkan engkau Tuhan yang sebenar? Berkata Abdullah bin Mas'ud "Aku lihat Rasulullah saw ketawa sampai nampak gigi geraham baginda. Bersabda Rasullah saw : "Dikatakan kepada lelaki itu dialah sekurang2 kedudukkan ahli syurga." ( Kitab Tazkirah Qurtubi )

Wallahua'lam

No comments:

Powered by Blogger.